Unit Komunikasi Korporat
Pengenalan
Unit Komunikasi Korporat berperanan membentuk imej korporat yang positif melalui pengurusan komunikasi dan publisiti yang berkesan. Unit ini memastikan hubungan baik dengan pihak media, pelanggan dan komuniti sentiasa dipelihara.
Objektif
- Menyokong visi dan misi institusi melalui strategi komunikasi dan publisiti yang strategik.
- Menyediakan saluran maklum balas pelanggan yang efisien untuk penambahbaikan.
- Mewujudkan komunikasi dua hala yang efektif dengan pihak awam dan komuniti.
Fungsi Utama
- Merancang strategi komunikasi dalaman dan luaran organisasi.
- Mengurus hubungan awam melalui program dan kerjasama luar.
- Menyediakan kandungan promosi dan hebahan maklumat.
- Mengendalikan pertanyaan serta cadangan daripada pelanggan.
- Menyelaras penggunaan logo dan panduan imej korporat.
Perkhidmatan yang Ditawarkan
- Pengurusan publisiti dan penjenamaan institusi.
- Pengurusan media sosial rasmi organisasi.
- Pengurusan sistem maklum balas pelanggan.
- Pengurusan imej dan identiti korporat.
Carta Organisasi

