Pengenalan

Unit Work Based Learning (WBL) berperanan melaksanakan pembelajaran berasaskan kerja sebagai sebahagian daripada kurikulum akademik. Unit ini memastikan setiap pelajar dapat menerapkan ilmu teori ke dalam situasi sebenar di tempat kerja melalui bimbingan industri.

Objektif

  1. Menyediakan platform pembelajaran yang berteraskan amalan industri.
  2. Memastikan hasil pembelajaran WBL sejajar dengan objektif kurikulum.
  3. Menjalin kerjasama berterusan dengan pelbagai organisasi industri.

Fungsi Utama

  1. Menyelaras penempatan pelajar di organisasi yang sesuai.
  2. Menyediakan dan menyemak garis panduan pelaksanaan WBL.
  3. Mengurus dokumen dan surat rasmi berkaitan penempatan di industri.
  4. Menjalankan lawatan tapak dan pemantauan pelajar semasa latihan.
  5. Mengurus komunikasi berterusan dengan organisasi rakan kerjasama.

Perkhidmatan yang Ditawarkan

  1. Penyediaan jadual dan kalendar WBL.
  2. Taklimat umum mengenai pelaksanaan WBL.
  3. Koordinasi dengan organisasi industri.

Carta Organisasi