Pengenalan

Unit e-Learning berperanan sebagai pengurus utama sistem pembelajaran digital institusi. Unit ini memastikan sistem e-Learning berfungsi secara efisien dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif

  1. Menyediakan sistem e-Learning yang stabil dan mudah diakses.
  2. Meningkatkan daya saing institusi melalui pembangunan sistem pembelajaran digital.
  3. Meningkatkan kualiti PdP melalui penggunaan platform digital.

Fungsi Utama

  1. Menyelaras dan mengurus sistem e-Learning.
  2. Menyediakan garis panduan penggunaan e-Learning.
  3. Memberi sokongan teknikal kepada pensyarah dan pelajar.
  4. Memantau prestasi dan keberkesanan sistem e-Learning.
  5. Menyelenggara serta mengemas kini sistem e-Learning.

Perkhidmatan yang Ditawarkan

  1. Pendaftaran akaun pengguna dan akses sistem.
  2. Manual dan panduan e-Learning.
  3. Sokongan teknikal e-Learning.
  4. Perlindungan data pengguna.

Carta Organisasi