Pengenalan

Unit Penyelidikan dan Inovasi berperanan mengurus strategi penyelidikan dan menggalakkan penghasilan inovasi berimpak tinggi. Unit ini memastikan setiap inisiatif penyelidikan dilaksanakan secara terancang bagi menyumbang kepada pembangunan akademik dan teknologi.

Objektif

  1. Menggalakkan projek penyelidikan yang relevan dan praktikal.
  2. Memupuk kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar serta staf.
  3. Menyediakan sumber dan sokongan untuk pelaksanaan penyelidikan.

Fungsi Utama

  1. Merancang strategi penyelidikan dan inovasi jangka panjang.
  2. Menyelaras aktiviti penyelidikan pelajar dan pensyarah.
  3. Mengurus permohonan dan pelaporan geran penyelidikan.
  4. Menganjurkan pertandingan inovasi peringkat dalaman dan luar.
  5. Mewujudkan rangkaian penyelidikan dengan industri dan komuniti.

Perkhidmatan yang Ditawarkan

  1. Penerbitan hasil penyelidikan dan inovasi.
  2. Bantuan permohonan geran penyelidikan.
  3. Perundingan penyelidikan dan inovasi.
  4. Penulisan laporan dan artikel.

Carta Organisasi