Unit Pentadbiran & Kewangan
Pengenalan
Unit Pentadbiran dan Kewangan bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan Politeknik berjalan dengan lancar dan efisien. Unit Pentadbiran mengurus sumber manusia dan hal ehwal pentadbiran manakala Unit Kewangan mengurus bajet, pembayaran dan laporan kewangan.
Objektif
- Memastikan pentadbiran organisasi terurus dengan baik.
- Menyokong operasi melalui pengurusan kewangan yang efisien.
- Memastikan ketelusan dan integriti dalam urusan kewangan.
Fungsi Utama
- Mengurus dokumen rasmi dan fail organisasi.
- Menyediakan pelan kewangan tahunan.
- Mengurus proses tender dan perolehan.
- Menyediakan laporan prestasi pengurusan.
- Memantau pematuhan prosedur pentadbiran dan kewangan.
Perkhidmatan yang Ditawarkan
- Pemprosesan surat rasmi dan notis jabatan.
- Permohonan kemudahan pejabat dan logistik.
- Penyediaan laporan kewangan bulanan.
- Permohonan peruntukan dan belanjawan projek.
Carta Organisasi 
