Unit Multimedia
Pengenalan
Unit Multimedia berperanan dalam menghasilkan dan mengurus bahan multimedia bagi tujuan promosi, pembelajaran dan urusan rasmi. Unit ini memastikan kandungan digital dan bahan multimedia menggambarkan identiti organisasi dan berkualiti.
Objektif
- Menghasilkan kandungan digital yang kreatif dan informatif.
- Mengukuhkan komunikasi visual organisasi melalui bahan multimedia.
- Mengurus dan menyelaras bahan dan aset multimedia dengan sistematik.
Fungsi Utama
- Mengurus penggambaran foto dan video rasmi.
- Menghasilkan reka bentuk grafik dan visual korporat.
- Mengurus dan menyelaras penggunaan LCD dan projektor.
- Menyelaras kandungan visual untuk laman web dan media sosial.
- Menyediakan sokongan teknikal multimedia semasa acara rasmi.
Perkhidmatan yang Ditawarkan
- Penggambaran dan penyuntingan video.
- Reka bentuk poster, banner dan infografik
- Dokumentasi dan siaran langsung acara rasmi.
- Sokongan audio visual dan paparan multimedia.
Carta Organisasi 
