Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan
Pengenalan
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan berperanan dalam merancang, mengurus dan melaksanakan program latihan dan pendidikan lanjutan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar. Unit ini memastikan program yang dijalankan memenuhi keperluan pembangunan profesional serta selaras dengan standard dan objektif organisasi.
Objektif
- Menyediakan program latihan dan pendidikan berterusan yang relevan.
- Meningkatkan kemahiran teknikal, profesional dan kepimpinan warga kerja.
- Menyokong pembangunan modal insan selaras dengan keperluan organisasi.
Fungsi Utama
- Merancang program latihan berasaskan keperluan organisasi dan industri.
- Mengendalikan modul pembelajaran selaras dengan perkembangan teknologi.
- Menyediakan platform pembelajaran dalam talian dan sumber latihan digital.
- Menjalin kerjasama strategik untuk memperluas skop latihan dan pembelajaran.
Perkhidmatan yang Ditawarkan
- Bengkel pembangunan kerjaya.
- Kursus upskill/reskill.
- Modul pembangunan staf.
- Seminar teknologi.
Carta Organisasi

