Pengenalan

Unit Pengurusan Aset berperanan menyelaras proses pengurusan aset dan stor organisasi. Unit ini memastikan proses penyimpanan, penyelenggaraan dan pengeluaran aset dilaksanakan secara teratur.

Objektif

  1. Memastikan aset diselenggara dan digunakan mengikut standard yang ditetapkan.
  2. Mengoptimumkan penggunaan aset bagi menyokong kelancaran operasi.
  3. Menyediakan rekod inventori aset yang tepat dan sentiasa dikemaskini.

Fungsi Utama

  1. Mengurus aktiviti penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran aset.
  2. Menyelaras penyelenggaraan aset mengikut jadual yang ditetapkan.
  3. Membina garis panduan penggunaan aset yang berkesan.
  4. Melaksanakan pemantauan berkala ke atas aset.
  5. Menyediakan laporan pengurusan aset.

Perkhidmatan yang Ditawarkan

  1. Pendaftaran dan pengeluaran aset.
  2. Pelabelan aset baharu.
  3. Pelupusan aset rosak atau tidak digunakan.
  4. Pemeriksaan dan penyelenggaraan aset.

Carta Organisasi

Carta Organisasi PMJB Aset