Pengenalan

Unit CISEC berperanan mengurus hubungan korporat dan pembangunan kebolehpasaran pelajar melalui kolaborasi dengan industri dan agensi luar. Unit ini memastikan setiap program dijalankan selaras dengan keperluan pasaran kerja semasa.

Objektif

  1. Memperkukuh kerjasama dengan rakan industri dan agensi strategik.
  2. Mengukuhkan reputasi institusi di peringkat industri dan komuniti.
  3. Meningkatkan peluang kerjaya bagi graduan.

Fungsi Utama

  1. Menjalin kerjasama strategik dengan industri dan agensi luar.
  2. Menyelaras program latihan industri dan lawatan akademik.
  3. Mengendalikan pameran dan aktiviti jaringan industri.
  4. Menganjur program peningkatan kemahiran dan kebolehpasaran.
  5. Mengurus komunikasi serta laporan berkaitan hubungan korporat dan industri.

Perkhidmatan yang Ditawarkan

  1. Program latihan dan kemahiran.
  2. Bengkel dan seminar kerjaya.
  3. Lawatan industri dan pameran kerjaya.

Carta Organisasi