Unit Perpustakaan
Pengenalan
Unit Perpustakaan berperanan sebagai pusat rujukan utama yang menyediakan akses kepada pelbagai bahan bacaan dan sumber digital. Unit ini memastikan perkhidmatan yang ditawarkan menyokong kecemerlangan akademik dan pembangunan ilmu pengetahuan.
Objektif
- Menggalakkan budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.
- Menyokong pembelajaran kendiri dan penyelidikan ilmiah.
- Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan perpustakaan.
Fungsi Utama
- Mengurus dan menyelaras koleksi bahan cetak.
- Menyediakan khidmat carian maklumat dan rujukan.
- Mengurus keahlian dan pinjaman bahan perpustakaan.
- Menyelenggara peralatan dan kemudahan perpustakaan.
- Melaksanakan aktiviti galakan membaca dan literasi maklumat.
Perkhidmatan yang Ditawarkan
- Pinjaman dan pemulangan bahan bacaan.
- Akses kepada e-book dan sumber digital.
- Kemudahan ruang belajar dan perbincangan.
- Laporan kehilangan, gantian atau denda.
Carta Organisasi 
