Pengenalan

Unit Peperiksaan berperanan mengurus urusan berkaitan peperiksaan, penilaian dan keputusan pelajar. Unit ini memastikan setiap proses peperiksaan dijalankan dengan telus dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Objektif

  1. Menjamin ketelusan dalam pelaksanaan dan pengendalian peperiksaan.
  2. Memastikan keputusan disediakan dengan tepat dan tepat pada masa.
  3. Menyediakan sistem penilaian yang adil dan berintegriti.

Fungsi Utama

  1. Menyelaras jadual, dewan dan pengawas peperiksaan.
  2. Mengurus penyediaan soalan dan kertas jawapan pelajar.
  3. Mengurus penyemakan markah dan pengesahan keputusan pelajar.
  4. Menyediakan laporan dan analisis prestasi peperiksaan.
  5. Mengurus aduan dan isu berkaitan peperiksaan.

Perkhidmatan yang Ditawarkan

  1. Pengurusan jadual peperiksaan.
  2. Panduan dan tatacara peperiksaan.
  3. Semakan keputusan dan transkrip akademik.
  4. Pengurusan rayuan keputusan atau peperiksaan khas.

Carta Organisasi