Pengenalan

Unit Kokurikulum berperanan mengurus pelaksanaan aktiviti luar akademik yang merangkumi kelab, persatuan dan program sukan. Unit ini memastikan pelajar dapat mengembangkan potensi diri melalui penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum.

Objektif

  1. Menyediakan peluang pelajar mengasah bakat dan minat melalui aktiviti kokurikulum.
  2. Menyokong pembangunan pelajar ke arah keseimbangan akademik dan kokurikulum.
  3. Memastikan aktiviti kokurikulum dilaksanakan secara terancang dan teratur.

Fungsi Utama

  1. Menyelaras dan mengurus aktiviti kokurikulum pelajar.
  2. Menyediakan garis panduan pelaksanaan aktiviti.
  3. Merekod dan menilai markah kokurikulum pelajar.
  4. Menyelia penyertaan pelajar dalam program dalaman dan luaran.
  5. Menjalin kerjasama dengan agensi luar untuk penganjuran program.

Perkhidmatan yang Ditawarkan

  1. Pendaftaran aktiviti dan kelab pelajar.
  2. Sijil penyertaan aktiviti pelajar.
  3. Khidmat nasihat berkaitan kokurikulum.

Carta Organisasi